Ini saya ambil dari ruangan soal jawab ustaz Zaharuddin.net.Satu perkongsian menarik daripada Dr. Murizah Mohd Zain, seorang pakar perbidanan dan sakit puan yang bertandang berkali - kali di ruang soal jawab utk menjawab beberapa soalan entry ustaz Zaharuddin yang bertajuk hukum gugurkan anak ( kandungan ) 7 minggu .Kaedah saya, kata - kata seorang doktor adalah hukum ( pengakuan doktor diambil iktibar sebagai salah satu cara mensabitkan hukum.Qoul tobib qoul syari'.Kalau dah doktor kata memang yakin akan memberi risiko kpd si ibu, pengguguran harus dilakukan dan boleh jadi membawa kpd hukum wajib juga.Begitu peri pentingnya doktor..bukan sahaja merawat ttp kadangkala menjadi ustaz/ustazah juga.
Soal jawab :
1. kongsi derita
| saya telah melahirkan awal bayi saya pada 13 jun 2008 sebab anencephaly. Ketika itu kandungan telah berusia 7 bulan. Dan saat dia lahir dia berusia 8 bulan. Menyesal dengan keputusan yg telah saya ambil. Rasa berdosa akan menghantui saya sepanjang hayat |
2. ...
| assalamualaikum ustaz,
|
3.
Pandangan ini oleh Dr. Murizah Mohd Zain, seorang pakar perbidanan dan sakit puan.
Mungkin saya boleh memberi sedikit pandangan yang boleh dikaitkan dengan beberapa contoh.
Secara am menggugurkan kandungan adalah haram dan banyak fatwa termasuk fatwa masa kini oleh yusof qardawi tidak mengaitkan dengan usia kandungan.
Dalam situasi tertentu misalnya jika seseorang ibu mengandung dan kandungan boleh menjejaskan kesihatan sehingga membawa risiko yang tinggi, maka pengguguran dibenarkan atas alasan kesihatan.
Dari segi hukum Islam ianya dibenarkan, dari segi undang2 di malaysia ianya juga dibenarkan setelah mendapat pengesahan oleh 2 orang doktor pakar yang yakin bahawa kandungan membahayakan kesihatan ibu.
Kes-kes yg biasa kami hadapi di hospital seperti penyakit jantung dengan hipertensi pulmonari, kegagalan buah pinggang dan beberapa lain yang perlu mendapat pengesahan keseriusan dari pakar obstetrik serta pakar perubatan.
Bagi kes-kes kacacatan teruk yang akan mengalami kematian selepas dilahirkan seperti anencephaly (tiada tempurung kepala yan lengkap), pengguguran boleh dilakukan tetapi kecacatan yang tidak membawa kematian seperti Down's Syndrome atau kecacatan2 lain pengguguran tidak dibenarkan dari segi hukum Islam dan undang2 Malaysia.
Alasan anak masih kecil, rezeki sempit dsb tidaklah kuat dari segi syarie utk menggugurkan anak.
Dari pengalaman saya, agak ramai pesakit yg teragak2 utk merancang keluarga tetapi lebih terbuka utk menggugurkan anak. sikap ini perlu diubah kerana merancang keluarga adalah sesuatu yang dibenarkan bahkan sebenarnya adalah sesuatu yg baik demi memberi hak kepada anak dan ibu sedangkan pengguguran adalah satu yang haram kerana ianya sebenar sama seperti membunuh satu nyawa yang telah ditakdirkan. sila berbincang dengan doktor anda ttg kaedah merancang keluarga.
wslm


0 nak penjelasan lanjut n komen:
Post a Comment